Design Rumah Mempengaruhi Harga Pasaran Rumah

design rumah

Saban tahun harga pasaran rumah semakin meningkat rata-rata di setiap negeri di seluruh negara. Faktor design rumah ataupun rekaan kediaman merupakan antara faktor penyumbang kepada kenaikan harga bagi sesebuah rumah kediaman. Namun, antara faktor yang paling utama yang mempengaruhi harga bagi sesebuah rumah kediaman tersebut ialah kos bahan binaan selain dari faktor harga tanah itu sendiri.

Ada juga sesetengah para pembeli yang menyifatkan bahawa rekaan rumah adalah merupakan perkara utama yang mempengaruhi harga pasaran rumah dimana sekiranya design rumah kediaman itu dihasilkan dengan rekaan yang moden atau lain daripada rekaan yang biasa kita dapat lihat pada masa kini, maka ia akan menjadi lebih mahal dan mampu membebankan para pembeli rumah pada masa akan datang. Kenyataan di mana jenis rekaan rumah ataupun design rumah tidak boleh diguna pakai di dalam faktor kenaikan harga rumah kerana jika rekaan kediaman itu nampak normal ataupun biasa, namun kemasan dan juga bahan-bahan binaan yang digunakan adalah berkualiti serta mahal yang akan menyebabkan harga sesebuah rumah tersebut begitu tinggi. Selain daripada itu, antara faktor yang mempengaruhi jenis rekaan dan juga harga rumah kediaman merangkumi jumlah keluasan sesuatu ruang di dalam binaan tersebut, danjuga kualiti bahan yang digunakan dan juga jenis rumah kediaman itu sendiri. Bagi pandangan daripada perspektif arkitek, keluasan sesuatu ruang binaan itu sendiri memainkan peranan yang penting kerana ianya akan menentukan jumlah berapa ruang bilik yang boleh dibina ataupun berapa ruang keluarga yang boleh disediakan dengan keluasan yang sedia ada. Selain itu harga sesebuah rumah kediaman juga dapat dipengaruhi oleh jumlah keluasan halaman luaran rumah. Lebih besar halaman luaran maka lebih tinggilah harga rumah tersebut. Menurutnya lagi, jenis dan juga rekaan luaran kediaman turut mempengaruhi harga rumah di mana jika rumah tersebut mempunyai struktur bumbung yang tinggi, maka harga yang ditawarkan adalah jauh lebih mahal. Rumah kediaman yang standard mempunyai ketinggian antara kemasan lantai dan siling adalah sekitar 10 kaki atau 3 meter. Sekiranya binaan struktur rumah itu tinggi sudah tentu ia akan mempengaruhi harga kos binaan tersebut. Oleh itu faktor design rumah memainkan peranan yang penting bagi menentukan harga sesebuah rumah tersebut.