Ubahsuai Rumah Teres

Ubahsuai Rumah Teres

Ubahsuai Rumah Teres

Website ubahsuairenovaterumah.com ini dibina khususnya bagi menyediakan maklumat khususnya bagi ubahsuai rumah teres satu tingkat, dua tingkat dan seterusnya kepada pemilik-pemilik atau owner rumah diluar sana. Website ini juga bertujuan untuk berkongsi pengalaman-pengalaman DZ Unique Construction (DZUC) sebagai perunding reka bentuk ubahsuai rumah semenjak tahun 2000 yang bertapak dan memulakan operasinya di sekitar bandar Shah Alam hinggalah sekarang. DZUC mempunyai pengalaman yang luas di dalam memberikan khidmat nasihat perundingan khususnya di dalam mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dan sebagainya.

Ubahsuai Rumah Teres
Ubahsuai Rumah Teres

Info dan maklumat yang ingin DZUC kongsikan di sini adalah berkenaan dengan peraturan had-had anjakan bangunan / rumah yang dibenarkan bagi kerja-kerja tambahan rumah dan ubahsuai rumah teres khususnya di dalam kawasan MBSA. Sepanjang pengalaman 16 tahun DZUC menjalankan kerja-kerja sebagai perunding nasihat atau mewakili pemilik atau owner rumah teres berunding dengan MBSA, terdapat 6 kategori yang dapat dirumuskan di sini:

  1. rumah teres end-lot
  2. rumah teres corner-lot
  3. rumah teres intermediate / middle-lot
  4. rumah teres 1 tingkat kepada 2 tingkat jenis lot tepi
  5. rumah teres 1 tingkat kepada 2 tingkat jenis lot tepi / corner
  6. rumah teres 1 tingkat kepada 2 tingkat jenis lot tengah

Setiap kategori di atas mempunyai had-had anjakan rumah yang tertentu sepertimana yang telah digariskan oleh MBSA supaya pemilik atau owner rumah teres diluar sana mematuhi peraturan-peraturan MBSA. Bagi pemilik atau owner rumah teres di luar sana, pemilihan tepat perunding pembinaan atau consultant yang bertauliah, yang berpengalaman dan sering kali berurusan dengan PBT yang terbabit adalah faktor utama yang perlu dititikberatkan di dalam memastikan kerja-kerja ubahsuai rumah teres anda berjalan lancar tanpa adanya sebarang halangan / aduan / penafian di masa akan datang. Untuk post yang akan datang, DZUC akan memperincikan setiap kategori di atas tadi bagi memudahkan owner atau pemilik rumah teres di luar sana mahupun orang awam membuat rujukan tambahan sebelum memulakan sebarang kerja pembinaan yang melibatkan proses ubahsuai rumah teres yang dikehendaki.

Perunding DZUC yang berurusan secara profesional dengan PBT MBSA / MPK / MPS / MPSJ / MPKj dan MDKL, bagi yang berminat bolehlah menghubungi En. Asri No. HP : 012 312 3951