Ubahsuai Dapur

ubahsuai dapur

Ubahsuai dapur merupakan antara perkara yang wajib bagi setiap kali proses ubahsuai / renovation rumah dijalankan. Dapur merupakan salah satu elemen bahagian rumah yang selalu mengalami proses naik taraf @ ubahsuai tidak kira besar mahupun sederhana mengikut kehendak & bajet tuan rumah. Semua orang inginkan ruang dapur mereka luas dan selesa. Saiz standard ruang dapur bagi apartmen kos rendah adalah sekitar 6’ x 8’ atau pun 8’ x 10’ bagi apartmen kos sederhana. Bagi kediaman rumah teres / semi D mahupun banglo yang telah siap dibina oleh developer asal, susun atur ruang dapur ini masih boleh diperluaskan lagi. Oleh itu sering kali kita melihat tuan punya rumah teres / semi D mahupun banglo sekiranya ingin melakukan proses renovate rumah, bahagian dapur turut sama akan mengalami proses ubahsuai rumah. Oleh kerana keadaan ruang dapur yang sempit, ia akan menyukarkan pergerakkan isi rumah. Bagi susun atur pula, ruang dapur ini selalunya akan dipisahkan atau berkongsi dengan bilik air.

Sudah menjadi trend masa kini, proses ubahsuai dapur akan melibatkan penggunaan secara meluas ‘table top’ berserta kemasan kabinet samada ‘custom’ mahupun pasang-siap. Penggunaan table top menjadi pilihan masa kini disebabkan ianya mudah kerja, kemas, tahan lama dan mudah didapati dalam pelbagai warna / corak kemasan dan sebagainya bergantung kepada kehendak & bajet tuan empunya rumah. Harga yang ditawarkan adalah berpatutan pada masa kini dimana rata-rata kontraktor ubahsuai rumah akan memasukkan item table top ini dalam sebut-harga mereka. Ruang yang tersedia di bawah table top ini boleh digunakan sebagai kabinet / stor kecil untuk menyimpan barang-barang dapur. Ini dapat menjimatkan ruang yang ada dan dalam masa yang sama ia dapat mempelbagaikan penggunaan table top ini dengan optima.

ubahsuai dapur

Bagi kebiasaan proses ubahsuai dapur ini, perkara utama yang perlu dititikberatkan adalah ruang susun atur akhir dan juga kemasan yang akan digunapakai. Bagi sesetengah klien rumah, mereka sudah mempunyai design susun atur tersendiri manakala bagi yang tidak mempunyai susun atur dapur, mereka akan meminta pihak kontraktor renovation menyediakan lakaran asas bagi ruang dapur mereka yang ingin diubahsuai. Topik seterusnya DZUC akan membincangkan susun atur / layout dapur yang menjadi trend masa kini @ 2016.