Renovate Rumah Baru

renovate rumah baru

Pada masa kini, terdapat sebilangan tuan rumah yang berhajat untuk renovate rumah baru mereka sebelum menduduki rumah itu terlebih dahulu. Terdapat beberapa faktor di mana berkemungkinan tuan rumah ingin melakukan proses renovation rumah itu terlebih dahulu sebelum mendudukinya. Selain itu, mungkin tuan rumah mempunyai beberapa aset rumah yang lain di mana rumah tersebut tidak digunakan. Antara faktor lain adalah dengan anggapan tuan rumah tersebut mempunyai kemampuan dari segi kewangan untuk melakukan proses ubahsuai rumah baru mereka terlebih dahulu sebelum mendudukinya. Kebiasaannya bagi rumah baru ini, ada sesetengah pihak pemaju atau developer telah membuat proses pengubahsuaian rumah @ (upgraded unit) dan ada juga yang didatangkan dengan pakej renovation dan sebagainya.

Secara umumnya, bila rumah baru siap, pihak pemaju / developer akan menghubungi tuan rumah atau owner rumah yang terbabit bagi proses penyerahan kunci rumah. Semasa penyerahan kunci itu berlaku, secara automatiknya berjalan sudah tempoh Defect Liability Period di mana keadaan rumah tersebut akan dilindungi oleh developer melalui kontraktor yang terbabit akan melakukan proses pembaikan atau maintenance work sekiranya didapati berlaku sebarang kecacatan terhadap rumah tersebut merangkumi kecacatan pada struktur/permukaan dan sebagainya. Secara amnya, tempoh defect liability period adalah diantara 18bulan hingga 24bulan bergantung kepada terma syarat yang terkandung di dalam perjanjian Sales And Purchase (SNP). Bagi pendapat penulis, adalah lebih baik sekiranya proses renovate rumah baru dijalankan selepas tamatnya tempoh defect liability period ini.

renovate rumah baru

Ini adalah kerana sepanjang tempoh itu, pihak developer menerusi kontraktor yang terlibat akan bertanggungjawab untuk membaikpulih segala jenis bentuk kecacatan yang wujud pada binaan rumah baru itu dan segala kos tersebut akan dibiayai oleh pihak pemaju / developer itu sendiri. Jadi, mengapa perlu tuan rumah mengeluarkan duit poket sendiri untuk melakukan proses membaikpulih rumah baru mereka sedangkan rumah baru mereka mempunyai tempoh jaminan bertulis , yang dikeluarkan kepada pihak pemaju, di mana pihak developer telah berjanji untuk membaiki atau menggantikannya jika perlu dalam tempoh masa yang tertentu. Akan tetapi ianya mungkin berubah sekiranya tuan rumah ingin juga melakukan proses renovate rumah baru tanpa perlu tunggu tempoh defect liability period itu tamat terlebih dahulu. Tepuk dada tanya selera!