Perkhidmatan Pengangkutan Dalam Pembinaan

Sepertimana yang kita sedia maklum, aktiviti-aktiviti pembinaan memerlukan pengangkutan bagi memudahkan kerja-kerja memindahkan barang dari kilang ke tapak projek ataupun dari tapak projek ke tempat perlupusan sampah pepejal. Dengan adanya sistem pengangkutan ini, kerja-kerja pembinaan akan berjalan dengan lancar dan seterusnya akan menjadikan sesebuah projek pembinaan itu cepat siap dalamtempoh masayang telah ditetapkan. Terdapat pelbagai jenis pengangkutan yang biasa digunakan seperti treler, lori, van sewa dan kereta. Setiap jenis pengangkutan ini akan digunakan untuk satu-satu aktiviti kerana ia mengambilkira pelbagai faktor seperti laluan akses masuk ke tapak bina, keluasan tapak bina dan sebagainya. Setiap pengangkutan ini mempunyai kadar caj yang berbeza mengikut jenis kenderaan yang digunakan.

Bagi sesebuah syarikat pembinaan atau kontraktor, faktor pengangkutan ini akan diambilkira bagi memudahkan perjalanan satu-satu projek dengan membeli kenderaan-kenderaan ini, mahupun hanya cukup sekadar menyewanya dari pembekal luar. Kadar sewa pengangkutan atau kenderaan ini boleh dilakukan melalui mingguan, bulanan, tahunan mahupun mengikut tempoh pembinaan sesebuah projek. Ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi total kos bagi sesebuah projek pembinaan itu sendiri. Bagi syarikat kontraktor yang ingin meluaskan lagi perniagaannya di masa hadapan, sudah tentu akan membeli kenderaan / pengangkutan ini secara tunai mahupun loan. Ini dapat menjimatkan lagi kos pengoperasian berbanding dengan menyewanya dari syarikat pembekal luar.

pengangkutan kereta sewa shah alamBagi pengurusan di tapak bina, kenderaan seperti pacuan empat roda, van dan kereta selalu digunakan bagi sebarang urusan pembinaan seperti lawatan tapak, membeli barang-barang pejabat dan sebagainya. Syarikat pengangkutan yang berstatus bumiputera  kereta sewa shah alam turut menyediakan perkhidmatan kenderaan sewa ini bagi tempoh secara bulanan dan juga tahunan. Pelbagai kenderaan yang disediakan bagi tujuan pembinaanseperti 4×4 Ford Ranger, Toyota Hillux, van Toyota Hiace dan lain-lain lagi. Bagi urusan DZ Unique Construction (DZUC) pula, syarikat ini mempunyai kemudahan 4x4wd dan juga lori 3 dan 10 tan bagi memudahkan lagi operasi di tapak bina. Ada yang dibeli dengan tunai, dan ada juga yang dibeli secara pinjaman loan bank ataupun pajak. Ini semua atas perkiraan yang telah dipersetujui oleh lembaga pengarah syarikat pembinaan itu sendiri.